Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

28 kawasan di Kuala Selangor alami gangguan bekalan air 13 Okt

Dua puluh lapan kawasan di Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9.30 pagi hingga 10 malam pada 13 Okt ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan gangguan itu berlaku ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh buat sementara waktu bagi kerja-kerja penggantian injap.

"Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Elina, penambahbaikan infrastruktur loji itu juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

Tambahnya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.

"Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:

  • Bagan Tengkorak
  • Jalan Ban Canai
  • Jalan Kunci Air Buang
  • Kampung Ampangan
  • Kampung Haji Razali
  • Kampung Melaka/ Kampung Kilat
  • Kampung Pinang
  • Kampung Seri Tiram Jaya
  • Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4
  • Kampung Sungai Kajang
  • Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
  • Kampung Tok Adam
  • Kampung Ulu Tiram
  • Lorong Bahagia
  • Parit 1 Sungai Burong
  • Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z
  • Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4
  • Sungai Sireh Lorong 1 – 23
  • Taman Desa Jaya
  • Taman Kopema
  • Taman Radin Jaya
  • Taman Sri Bakti
  • Taman Sri Desa
  • Taman Sri Jaya
  • Taman Sri Setia
  • Taman Sri Tanjong
  • Taman Tanjung Karang/Taman Ria Min/Taman Ketam
  • Taman Wawasan

- Bernama