Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Gereja Katolik tangguh semua misa di KL, Selangor

Keuskupan Agung Kuala Lumpur mengumumkan semua misa awam di kariah dalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ditangguh serta-merta gara-gara peningkatan kes Covid-19.

Penangguhan itu akan disemak semula sebelum 20 Oktober dan kariah-kariah di bawah keuskupan berkenaan akan dimaklumkan sewajarnya, kata Rev Fr Michael Chua yang merupakan canselor keuskupan, dalam satu notis hari ini.

“Kariah yang terletak di negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu boleh meneruskan misa yang dijadualkan, tetapi haruslah menekankan prapendaftaran bagi ahli kariah yang mahu menghadiri misa bagi memastikan mereka yang bukan penduduk dari kawasan lain tak dibenarkan menyertainya.

“Siaran langsung misa akan diteruskan buat (tontonan) mereka yang tidak dapat menghadiri misa,” kata Chua.

Dia mengingatkan para pengikut bahawa Ketua Biskop, Julian Leow telah mengetepikan kewajipan menghadiri misa pada hari Ahad dan hari kewajipan lain buat para pengikut.

Gereja itu turut meminta penganut Katolik yang tinggal di KL dan Selangor untuk tidak melakukan perjalanan ke negeri lain untuk menghadiri misa, bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Sakramen-sakramen atau upacara suci seperti Pengesahan, Perjamuan Kudus Pertama, dan Pembaptisan adalah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak, manakala upacara perkahwinan juga dinasihatkan untuk turut ditangguhkan, atau dihadkan kehadirannya kepada 20 peserta sahaja.

“Mereka yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi, (berusia) 70 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan sedia ada tak dibenarkan hadir,” kata Chua, sambil menambah arahan sama terpakai untuk acara pengebumian.

Difahamkan, Sabah dan Kedah yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19 dalam gelombang terbaru ini, adalah di bawah pentadbiran keuskupan berbeza.

[Baca berita penuh]