UMK kuarantin pelajar dari Sabah, zon merah Covid-19
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan bangunan khas sebagai pusat kuarantin pelajar dari Sabah dan zon merah Covid-19 bagi membendung penularan wabak itu dalam kalangan pelajar baru sesi 2020/2021 yang telah tiba awal di kampus.
Naib Canselornya Prof Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata mereka akan dikuarantin selama dua minggu selepas menjalani ujian swab oleh Kementerian Kesihatan.
“Bagi pelajar dari kawasan lain, pihak universiti memberi dua pilihan kepada mereka, sama ada kembali ke kampung halaman masing-masing selepas mendaftar atau menetap di kolej kediaman dengan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya pada sidang media mengenai kemasukan pelajar baru di Galeri Pembangunan Kampus Kota, Pengkalan Chepa di Kota Bhari hari ini.
Menurutnya, seperti mana saranan Kementerian Pengajian Tinggi, pihak UMK juga menjalankan pendaftaran secara dalam talian dan pandu lalu.
“UMK juga telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian yang telah dilaksanakan sejak 2015 selain pengalaman semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama pada Mac lalu,” katanya.
Menurutnya platform eCampus UMK 2.0 juga mampu menampung penggunaan hingga 10,000 pelajar pada satu-satu masa.
“Mereka juga akan dapat bimbingan daripada Task Force eLearning termasuk modul pembelajaran dan sebagainya yang tidak akan mengganggu kualiti pembelajaran dan pengajaran,” katanya.
Noor Azizi berkata bagi sesi 2020/2021, seramai 3,192 termasuk 150 dari Sabah bersetuju menerima tawaran belajar di UMK daripada 3,780 yang ditawarkan.
“Setakat tengah hari tadi, 65 peratus telah mendaftar secara dalam talian dan hanya dua peratus telah mendaftar secara fizikal,” katanya.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai