Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

FinCen: Alliance Bank tak kompromi ubah wang haram

Alliance Bank Malaysia Bhd yang turut disebut dalam kebocoran dokumen Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN) Amerika Syarikat (AS) di bawah Jabatan Perbendaharaan negara itu, menegaskan bahawa ia mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap penggubahan wang haram serta pembiayaan keganasan.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu berkata ia turut mempunyai sistem pengurusan risiko yang kukuh serta komprehensif selain kawalan di peringkat dalaman bagi memastikan penguatkuasaan pematuhan semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Baru-baru ini, laporan AS yang memetik dokumen berkaitan menyatakan, sebanyak 23 transaksi membabitkan AS$18.26 juta ke/dari bank di Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 2016 telah dianggap sebagai 'meragukan' oleh bank yang berpangkalan di negara maju itu.

Alliance Bank merupakan bank terbaru mengeluarkan kenyataan tersebut dan menyusuli tindakan sama oleh Public Bank Bhd, CIMB Group, AmBank Group dan United Overseas Bank (UOB) Group pada minggu lepas.

- Bernama