Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
KM umum cuti esok sempena PRN Sabah
Kerajaan Sabah memutuskan esok sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat di negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).
Orang ramai sekali lagi diperingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, menurutnya dalam kenyataan hari ini.
PRN Sabah menyaksikan sejumlah 447 calon daripada 15 parti bertanding di 73 kerusi DUN dengan bilangan pengundi seramai 1.12 juta orang.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai