Lepas susun buku, Anwar pastikan 'kenderaan dalam keadaan baik'
Ketika namanya menjadi sebutan ramai - walaupun untuk maksud yang berbeza - apa saja yang dilakukan Anwar Ibrahim mudah menarik perhatian ramai.
Lebih daripada itu ia juga mengundang pelbagai tafsiran, terutama selepas presiden PKR itu mengumumkan sudah memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru Malaysia.
Pada 18 Sept lalu Anwar memuat naik gambar dia bediri di atas meja menyusun buku-buku dipercayai di pejabatnya dengan kapsyen yang kelihatan bersahaja, iaitu: "Buku berselerak. Perlu disusun semula hingga teratur."
Namun lima hari kemudian Anwar membuat kejutan apabila mendakwa memiliki jumlah ahli parlimen kukuh untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus membentuk kerajaan baru.
Gambar menyusun buku itu mendapat lebih 1,500 tanda suka.
Hari ini pula Anwar memuat naik klip video dia memandu kereta di sekitar kawasan rumahnya.
Kapsyen yang mengiringi klip tersebut juga tidak kurang menarik perhatian.
"Lama tidak memandu. Semalam saya luang masa pandu sekitar rumah untuk pastikan prestasi kenderaan dalam keadaan baik," ciap ahli parlimen Port Dickson itu.
Dalam keadaan sekarang ia memang mudah mendorong orang ramai memberi tafsiran dengan mengaitkannya dengan perkembangan semasa politik.
Untuk rekod Anwar masih belum mendedahkan jumlah sokongan ahli parlimen yang didakwa dimilikinya dan hanya akan melakukan hal tersebut selepas menghadap Agong.
Pada masa sama pemimpin Umno menafikan parti itu menyokong Anwar dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sebelum ini berkata dakwaan tersebut mesti dibuktikan dan sehingga itu dia masih kekal sebagai perdana menteri.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai