Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Indonesia catat lebih 4,400 kes baru Covid-19

GLOBAL | Indonesia mencatatkan 4,465 kes positif baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan ia jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac lepas.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, keseluruhan kes positif kini berjumlah 257,388 manakala 109,541 pesakit masih lagi dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 140 kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kini menjadi 9,977 kematian.

Daerah Jakarta - yang kembali dikuatkuasakan peraturan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 Sept lepas - masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 65,687 kes dengan tambahan 1,133 kes baru.

Wilayah Jawa Timur pula mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,035 orang diikuti Jakarta (1,628), Jawa Tengah (1,334) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

- Bernama