KKM: Gelang kuarantin bukan merah jambu saja
COVID-19 | Kementerian Kesihatan memberitahu, individu yang diletakkan bawah pengawasan atau kuarantin tidak semestinya memakai gelang gelang merah jambu.
Selain warna itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, ada gerang berwarna putih, biru, merah atau kuning.
Katanya gelang berkenaan digunakan untuk menandakan individu yang diawasi kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, baru tiba dari luar negara dan individu yang tinggal di kawasan perintah kawalan pergerakan pentadbiran diperketatkan.
Menurut Noor Hisham warna gelang berkenaan bergantung kepada stok yang ada di tempat yang berkaitan dan ditentukan oleh pegawai kesihatan daerah.
"Tarikh dan tempat ujian mereka akan ditulis pada gelang masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Noor Hisham lagi individu yang memakai gelang kuarantin tidak dibenarkan keluar dari rumah sehingga tamat tempoh yang ditetapkan, kecuali bagi ketua keluarga berkenaan.
Gelang tersebut, katanya, hanya boleh dipotong oleh pegawai kesihatan daerah selepas tempoh kuarantin tamat.
"Kalau masih ada individu yang memakai gelang kuarantin ditemui di tempat awam, laporan polis perlu dibuat untuk melindungi masyarakat daripada risiko penyebaran Covid-19," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai