Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sambil menunggu pelancong, hidup mesti terus

Dengan alam semula jadinya, Kinabalu yang indah, pantai memutih, kehijauan hutannya, kekayaan flora dan fauna, Sabah sentiasa memukau pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, selepas Covid-19 melanda, industri itu sedikit sebanyak terjejas.

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah berjaya mengekang pandemik ini tetapi keterbatasan kegiatan menyebabkan ramai pihak hilang kerja.

Bagaimanapun, bidang perikanan masih menjadi sektor penting bagi rakyat Sarawak dan ramai masih menunggu industri pelancongan di negeri itu pulih.

Bot-bot menurunkan dan mengambil penumpang dari Pulau Gaya di Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu

Kegiatan jual beli di Pasar Tuaran, Sabah

Si cilik menangkap ketam di Pantai Kinarut

Nelayan dan perahunya di Kota Kinabalu

Kawalan pasukan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di pasar Tuaran

Lintasan Malaysia Airlines melintasi ruang udara Kota Kinabalu