Bapa maut disyaki dibunuh anak sendiri lepas bergaduh
Seorang lelaki warga emas ditemukan mati dipercayai angkara perbuatan anak sendiri selepas bergaduh di kediaman mereka di Pasar Basah Gunung Rapat di Ipoh, malam ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamed Nordin Abdullah berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang ramai yang memaklumkan berlaku pergaduhan di rumah berkenaan kira-kira 7 malam.
Katanya sebaik tiba di lokasi, suspek lelaki, 49, berada di sebelah mayat bapanya, yang berusia 79 tahun.
"Mangsa dipercayai dipukul dengan botol kaca di bahagian muka dan kepala. Kami anggap kes ini selesai selepas tertangkapnya suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di Ipoh hari ini.
Menurut Mohamed Nordin suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun mempunyai rekod pesakit mental selama 20 tahun dan dia berniaga di pasar bersama ayahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai