Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Tentera India, China berbalas tembakan di Timur Ladakh

GLOBAL | Pasukan tentera India dan China berbalas tembakan amaran di sepanjang Garis Kawalan Sebenar (LAC) di wilayah Ladakh, sumber Tentera India memberitahu Sputnik.

Kejadian itu berlaku berhampiran Tasik Pangong (Pangong Tso) di timur Ladakh pada Isnin malam.

Minggu lalu, Menteri Pertahanan China Wei Fenghe dan rakan sejawatannya dari India, Rajnath Singh, menyeru pertikaian sempadan itu diselesaikan secara damai.

Kedua-dua pemimpin itu berkata demikian semasa menghadiri mesyuarat menteri pertahanan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang berlangsung di Moscow.

Ketegangan sempadan antara India dan China baru-baru ini semakin meningkat akibat pertempuran antara pasukan negara di sepanjang LAC.

- Bernama