Suara membantu anda memilih wakil calon anda
Kita disiarkan dan dikongsikan dengan berita tentang politik terutama ahli-ahli politik yang menghadiri persidangan di parlimen.
Kita juga dikongsikan mengenai calon-calon yang berkempen untuk calon pilihan raya kecil atau mungkin kita sering mendengar ‘pembesar’ kita berucap melalui media sosial.
Mungkin kita perlu mengetahui dan kita mungkin perlu tahu keperibadian mereka dengan hanya mendengar atau menggunakan suara.
Mungkin kelihatan sukar dipercayai, tetapi suara anda dapat memberitahu banyak perkara tentang anda.
Ia bukan sahaja terdengar unik, ia membawa maklumat berguna dan kadang-kadang tidak dijangka.
Jangan terkejut dengan petunjuk tersembunyi yang mudah dikesan hanya dengan mendengar suara seseorang.
Ketinggian, kekuatan, dan ciri khas lain mengenai anda dapat dipelajari daripada mendengar anda bercakap serta anda juga tidak perlu dilihat, semuanya akan jelas tanpa melihat.
Sepanjang tempoh saya menjalankan kelas dan kuliah dahulu, saya juga sering mengamati dan mendengar suara pelajar saya untuk mengenal pasti mereka yang berpotensi terutama untuk menjadi pendidik guru.
Suara anda dapat menunjukkan keperibadian anda terutama mengenai bersosial dan keramahan, atau lebih khusus lagi, jika anda ekstrovert atau introvert.
Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, peserta mendengar ucapan yang dihasilkan komputer, yang dimodelkan agar terdengar seperti suara introvert dan ekstrovert.
Hasilnya, para peserta dapat mengenal pasti keperibadian.
Ekstrovert bercakap lebih cepat dan lebih kuat, dan introvert sebaliknya, meluahkan pemikiran mereka dengan cara yang lebih tenang dan perlahan.
Memulakan dengan "Hello, apa khabar!" atau “Assalamualaikum!” yang ringkas mungkin dapat memberitahu orang betapa anda boleh dipercayai atau tahap kebolehpercayaan.
Terdapat 64 versi perkataan ini didengari oleh sukarelawan dari kajian lain. Dan hampir semua peserta memilih mereka yang mempunyai getaran nada yang tinggi di akhir perkataan sebagai lebih dipercayai.
Suara tunjukkan ketinggian
Bagi wanita, sebaliknya, yang mempunyai nada rendah di akhir perkataan dianggap lebih dipercayai.
Suara anda dapat menunjukkan berapa ketinggian anda.
Dalam dua uji kaji yang pernah dijalankan, peserta diminta untuk mengenal pasti dua peserta yang bersuara rendah dan dalam dari lima peserta.
Dan 62.17% peserta dapat membezakan pembicara yang lebih tinggi. Semakin tinggi orangnya, semakin rendah dan semakin dalam suara mereka.
Ternyata kitaran haid tidak hanya mempengaruhi perubahan mood dan hormon, tetapi juga mempengaruhi suara.
Menurut kajian ini, suara menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu menghampiri tempoh ovulasi. Jadi wanita dengan nada suara yang lebih tinggi mungkin lebih subur.
Suara juga mampu menunjukkan kekuatan lelaki, iaitu kekuatan badan atasnya.
Peserta satu kajian mendengarkan suara lelaki dari pelbagai negara, bertutur dalam bahasa ibunda mereka, dan kemudian menilai kekuatan mereka.
Hasilnya, mereka dapat menentukan dengan tepat betapa kuatnya lelaki itu. Lelaki yang lebih kuat mempunyai suara yang lebih dalam.
Suara anda boleh mempengaruhi kerjaya anda. Kajian ini mendapati bahawa orang yang mempunyai vokal terketar-ketar atau tersekat kelihatan kurang berpendidikan dan kurang cekap. Dan ini berlaku terutamanya bagi wanita. Ini bahkan boleh mempengaruhi keputusan dan menunjukkan mereka harus memilih calon lain.
Perubahan suara mungkin menunjukkan kesan penyakit Parkinson. Pesakit mengalami kelambatan pertuturan, suaranya menjadi lebih perlahan dan seolah sesak nafas.
Mereka mula bercakap secara monotonous, dan dikuti dengan nada gegaran diakhir perbualan.
Mungkin kita tidak boleh percaya kesemua ini tetapi anda boleh cuba mengesan peribadi seseorang (terutama calon wakil anda) berdasarkan suara mereka.
Anda boleh cuba terhadap diri anda dulu, bagaimana?
AZIZI AHMAD adalah bekas pendidik.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai