Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

1,000 peserta mulakan cabaran kurus secara maya esok

Seramai 1,000 peserta dari seluruh negara akan memulakan cabaran dalam program intervensi menurunkan berat badan secara maya dalam kebiasaan baru, I Fit and Eat Right (V+IFitEr), selama lapan minggu mulai esok.

Program sehingga 17 Okt bertemakan 'Bukan Soal Kurus' itu merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-Kanak dan Dewasa, dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.

Dr Adham ketika melancarkan program itu berkata program penurunan berat badan tanpa bertemu dengan jurulatih secara fizikal itu membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup aktif dalam keadaan pergerakan terbatas ekoran pandemik Covid-19.

“Pandemik Covid-19 telah mengubah rutin rakyat kepada kebiasaan baru termasuk intervensi pengurusan berat badan. Platform maya memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan termasuk perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Hadir sama pada pelancaran itu ialah jurulatih kecergasan popular Kevin Zahari.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.