Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Polis sahkan warga M'sia mati ditembak di Tak Bai

Polis Kelantan mengesahkan seorang lelaki warga Malaysia ditembak mati di Thailand malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafein Mamat berkata, mangsa berusia 31 tahun dan berasal dari Kampung Kalor, Pasir Mas dan dipercayai ditembak suspek tidak dikenali.

"Polis Kelantan mengesahkan telah terima maklumat tentang kejadian tembak di negara jiran melibatkan warga Malaysia yang berasal dari Kampung Kalor Gelang Mas, Pasir Mas.

"Mangsa dipercayai ditembak oleh saspek yang tidak dikenali dan maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini

Terdahulu, dakwaaan seorang lelaki ditembak mati di Tak Bai, yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Mangsa dikatakan dibawa ke Hospital Tak Bai untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga di Pasir Mas.