PN bentang semula pindaan RUU MKN dengan potong perenggan ‘TPM’
PARLIMEN l Kerajaan Perikatan Nasional hari ini membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Majlis Keselamatan Negara yang pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu.
RUU baru itu mengekalkan semua pindaan yang dicadangkan oleh PH, termasuk menggantikan kuasa untuk mengisytiharkan zon darurat dari perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong setelah menerima nasihat majlis berkenaan.
Namun, terdapat peruntukan tambahan untuk memotong perkataan "timbalan perdana menteri" sebagai anggota MKN dan memasukkan ayat agar “jawatan timbalan pengerusi dilantik oleh perdana menteri di antara kalangan anggota majlis.”
Menurut akta sedia ada, selain perdana menteri dan timbalannya, anggota majlis lain adalah menteri pertahanan, menteri dalam negeri, menteri komunikasi dan multimedia, serta ketua setiausaha negara, pangliman angkatan tentera dan ketua polis negara..
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah sekarang tidak mempunyai timbalan perdana menteri. Sebaliknya, PN mempunyai empat menteri kanan, salah seorang daripada mereka adalah Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali, seorang lagi menteri kanan, akan mempengerusikan mesyuarat kabinet sekiranya dia tidak hadir.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai