Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak diteruskan - Saifuddin

PARLIMEN | Sambutan Hari Malaysia bagi tahun ini tetap akan diadakan di Sibu, Sarawak walaupun berlaku penularan kes Covid-19 di negeri itu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya memahami kebimbangan mengenai peningkatan kes yang berlaku di negeri itu, namun sambutan hari bersejarah itu akan diteruskan seperti dirancang.

“Saya faham isu Covid-19 sedikit naik di Sarawak, tetapi setakat hari ini keputusan kita ialah masih akan meneruskan perkara ini (sambutan Hari Malaysia) di Sarawak,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pada 10 Julai lepas, Saifuddin memaklumkan bandar Sibu akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept tahun ini.

Beliau berkata keputusan memilih bandar berpopulasi kira-kira 200,000 penduduk itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Induk sambutan Hari Malaysia 2020 bersama di antara kerajaan Sarawak dan Persekutuan.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.