Ribut Sinlaku badai Thailand: 2,000 keluarga hilang tempat tinggal
GLOBAL | Lebih 2,000 keluarga hilang tempat tinggal selepas ribut tropika Sinlaku melanda wilayah utara dan timur laut Thailand.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, dalam satu kenyataan, berkata Sinlaku membawa angin kencang dan hujan lebat - memusnahkan sekitar 1,400 rumah dan merosakkan jalan raya di 10 wilayah di kawasan utara dan timur laut negara itu.
Menurutnya, wilayah yang paling teruk dilanda banjir termasuk Nan, Uttaradit, Lampang, Phayao, Chiang Mai dan Chiang Rai di utara dan Loei, Nong Bua Lamphu, Udon Thani serta Nakhon Phanom di timur laut.
Laporan itu mengatakan ribut kencang membadai lapan wilayah - dua di timur laut dan enam di selatan, selain merosakkan 672 rumah serta sebuah sekolah.
Dua orang terbunuh - masing-masing seorang di Phuket dan di Nakhon Si Thammarat - akibat pokok tumbang.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran, Sinlaku diramal membawa hujan lebat ke sekurang-kurangnya 44 wilayah, sebahagian besar di wilayah utara dan timur laut, sehingga Selasa.
Mulai hari ini ribut dijangka beransur-ansur bergerak ke arah barat menuju Myanmar.
Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Chayapol Thitisak berkata, situasi banjir di utara dan timur laut beransur pulih.
"Beberapa jalan raya rosak terutama di utara kerana tanah runtuh dan banjir kilat," katanya dalam satu kenyataan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai