Kerajaan tak hentikan prosiding terhadap IPIC di London
Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada tindakan untuk memberhentikan prosiding mahkamah di London bagi membatalkan perjanjian penyelesaian di antara 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang ditandatangani pada 2017.
Peguam Negara Idrus Harun berkata kerajaan sentiasa terbuka untuk menimbang sebarang penyelesaian bagi memastikan aset-aset negara dipulangkan dan pada masa yang sama keadilan ditegakkan.
“Sehubungan itu, perbincangan sentiasa dilakukan di antara kedua-dua kerajaan, termasuk sewaktu kerajaan Pakatan Harapan dan juga kerajaan kini.
“Perbincangan ini hanya melibatkan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa penglibatan mana-mana pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Portal Sarawak Report baru-baru ini mendakwa kerajaan telah menghentikan prosiding mahkamah terhadap IPIC di London dengan 1MDB dan Kementerian Kewangan dikatakan sedang berusaha untuk mengambil tindakan penyelesaian sebagai ganti.
Prosiding mahkamah itu diambil untuk membatalkan perjanjian penyelesaian di antara 1MDB dengan IPIC yang telah dibuat pada 2017 berhubung kes penyelewengan dana 1MDB.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai