Annuar jawab Dr M: Adun Sabah tukar sokongan adalah wira
Setiausaha Agung BN Annuar Musa menyifatkan para Adun yang menukar sokongan sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah wira, bukannya berpaling tadah.
Annuar berkata tindakan yang dilakukan mereka adalah untuk menyelamatkan negeri di bawah bayu itu.
“Mereka yg menukar haluan adalah wira-wira Sabah.
“[...] yang telah mencuba menyelamatkan Sabah dari terus diseret oleh politik kepentingan diri dan kroni...yang kini menyebabkan Sabah semakin mundur,” ciapnya di Twitter.
Ciapan Annuar itu turut melampirkan laporan kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan 13 Adun yang menukar sokongan kepada bekas ketua menteri Musa Aman, sebagai berpaling tadah dan akan dihukum.
Dr Mahathir turut mengesahkan dia akan ke Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Pada 30 Julai lalu, Shafie mengumumkan pembubaran DUN yang seterusnya menggagalkan cubaan rampasan kuasa.
Pembubaran itu sehari selepas Musa mendakwa dia mempunyai sokongan yang cukup di DUN untuk membentuk kerajaan negeri.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai