Kes import Covid-19: Kemboja larang penerbangan dari M'sia
Kemboja akan melarang penerbangan dari Malaysia dan Indonesia kerana kes Covid-19 yang diimport.
Larangan itu akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos, menurut Khmer Times.
"Dari 20 Julai ke 25 Julai, kementerian mengambil maklum jumlah (kes) Covid-19 yang dikesan pada penumpang dari penerbangan Malaysia dan Indonesia meningkat dengan ketara," kata akhbar Kemboja itu yang memetik surat Kementerian Kesihatan negaranya.
Ia mengatakan bahawa Kemboja mencatatkan 108 kes Covid-19 yang melibatkan penumpang dalam penerbangan Malaysia dan Indonesia.
Malaysia ialah hab transit untuk penerbangan ke Kemboja.
Laporan itu menyatakan kebanyakan kes Covid-19 adalah daripada penerbangan yang kembali dari Rusia dan Timur Tengah yang bergerak di Malaysia.
Pada masa ini, rakyat Malaysia tidak dibenarkan meninggalkan negara tetapi warga asing lain dibenarkan keluar.
Putrajaya juga berusaha untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin dari pusat penahanan imigresennya.
Larangan oleh Kemboja itu menjelang perayaan Tahun Baru negara itu pada bulan depan.
Dikatakan larangan itu hanya akan ditarik balik atas permintaan jawatankuasa Covid-19 Kemboja.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai