Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

SPRM gagal lucut hak wang RM100,000 milik Kasitah Gaddam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal dalam usahanya melucut hak wang RM100,000 daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kasitah Gaddam, yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Shahrir Mohd Salleh, hari ini yang menolak permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang disita daripada akaun Kasitah di CIMB Bank Berhad adalah hasil daripada aktiviti haram.

Pada Jun tahun lalu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata permohonan perlucuthakan sivil difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

- Bernama