Adun Elopura lapor polis dakwa ‘dipujuk’ keluar DAP
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong hari ini membuat laporan polis selepas menerima beberapa panggilan telefon serta pesanan menerusi aplikasi Whatsapp yang menurutnya amat ‘menganggu’.
Katanya beliau menerima banyak pesanan menerusi Whatsapp sejak 19 Julai lepas dan panggilan telefon sejak 20 Julai lepas dari individu yang mendakwa sebagai ‘ejen’, memujuk beliau meninggalkan parti DAP yang dianggotainya sejak tahun 2009.
Hari ini merupakan kemuncak kemarahannya apabila beliau menerima satu panggilan telefon pada pukul 5.50 pagi, dan amat terperanjat apabila ada individu yang datang ke rumahnya kira-kira satu setengah jam kemudian bagi tujuan sama.
"Saya amat terganggu dengan cubaan sebegitu, telefon saya menerusi nombor peribadi pada masa yang tidak sesuai dan datang ke rumah pada masa anak saya sedang sakit. Ini tidak boleh jadi, kerana bukan sahaja ia menganggu ketenteraman saya, tapi juga keluarga saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan.
Chong berkata beliau sudah bosan dengan pelbagai cubaan, menawarkan pelbagai janji, termasuk wang tunai, dalam usaha mempengaruhi beliau supaya meninggalkan DAP.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai