Laksana mohon maaf beri maklumat silap pada PM
Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) mengambil tanggungjawab atas kesilapan maklumat mengenai inisiatif Prihatin dan Penjana dalam perutusan khas oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 20 Julai.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata maklumat tersebut disediakan oleh pihak Laksana di bawah kementerian itu.
"Dengan rendah diri pihak kami ingin memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan,” katanya.
Menurut Kementerian Kewangan lagi, pihaknya akan memastikan segala maklumat yang dipanjangkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada masa depan akan disemak dengan teliti supaya tidak berlaku kesilapan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai