Kamarul Zaman diarah failkan kenyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff memfailkan pernyataan pembelaan atas tuntutan saman fitnah dikemukan Ketua Wanita Amanah, Senator Aiman Athirah Al-Jundi.
Peguam Rusilawati Zakaria yang mewakili Aiman Athirah berkata, mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya pada 25 Ogos depan di hadapan Hakim, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
"Saman yang difailkan itu ekoran tulisan Kamarul Zaman di akaun Facebook pada 25 Mei lalu bertajuk 'ketua wanita Amanah hipokrit' dan tulisan melalui akaun Facebook sama pada 26 Mei yang juga turut dianggap oleh Aiman sebagai memfitnah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu, Aiman Athirah atau nama sebenarnya Raj Munni Sabu mengemukakan saman fitnah tersebut walaupun Kamarul sebelum ini menyatakan permohonan maaf.
Rusilawati berkata, anak guamnya menolak permohonan maaf tersebut atas alasan-alasan tertentu.
"Anak guam kami merasakan permohonan maaf oleh Kamarul Zaman itu tidak memberi gambaran bahawa defendan benar-benar insaf dan menyesali atas kenyataan yang dibuat," ujarnya.
Aiman Athirah yang diwakili peguam dari firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates, manakala Kamarul Zaman diwakili oleh peguam dari firma Tetuan Azril & Associates.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai