Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dua kanak-kanak mati dalam tahanan imigresen sejak 5 tahun

Dua bayi yang baru lahir mati dalam tahanan imigresen dari tahun 2015 hingga Januari 2020, kata Kementerian Dalam Negeri.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, semalam, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata kedua-dua kanak-kanak lelaki itu masing-masing meninggal dunia pada tahun 2018 dan 2020 akibat jangkitan kuman.

Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan ahli parlimen Sekijang, Natrah Ismail yang meminta menteri itu menyatakan jumlah kes kematian bagi kanak-kanak bawah 18 tahun dalam tahanan imigresen sejak tahun 2015 sehingga Januari 2020.

“Satu kes kematian kanak-kanak lelaki dilaporkan pada tahun 2018 di mana punca kematian tersebut adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru semasa lahir (septic shock secondary pneumonia with persistent pulmonary hypertension in newborn).

“Manakala satu lagi kematian yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada usus semasa lahir (extensive necrotising enterocolitis) yang dilaporkan pada tahun 2020,” katanya.

Menurut laman web Medline Plus kerajaan Amerika Syarikat, sepsis di kalangan bayi yang baru lahir boleh disebabkan oleh bakteria seperti E. coli atau virus herpes simplex, yang mungkin berlaku jika ibu baru dijangkiti.

Kajian 2012 ke atas sepsis neonatal di Malaysia, Hong Kong, China dan Thailand mendapati ia mempengaruhi 0.62 dari setiap 1,000 bayi yang dilahirkan.

[Baca berita penuh]