Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Penambahbaikan LRA SSP3 selesai, pemulihan bekalan bermula

Pemulihan bekalan air berikutan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) akan bermula 9 pagi ini hingga 5 petang Jumaat ini.

Air Selangor dalam kenyataan hari ini memalumkan mereka sedang mengaktifkan semula sistem LRA SSP3 selepas kerja penambahbaikan di loji rawatan itu - yang bermula jam 9 pagi semalam - siap sepenuhnya pada 11 malam.

Pada masa sama Air Selangor menasihatkan pelanggan yang terjejas agar menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan berjadual kerana bantuan bekalan air ke kawasan perumahan hanya akan digerakkan pada 16 dan 17 Julai.

"Pada masa ini, lori-lori tangki Air Selangor memberi bantuan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

"Air Selangor juga telah menempatkan 82 tangki statik di sekolah-sekolah sebagai persediaan untuk pembukaan sesi persekolahan, klinik kesihatan dan pusat dialisis," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh merujuk kepada Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan www.airselangor.com bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai status bekalan air.

- Bernama