Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jumlah penganggur lebih 826,000 pada Mei

Kadar pengangguran pada Mei lalu meningkat kepada 5.3 peratus, naik 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan, dianggarkan seramai 826,100 tidak mempunyai pekerjaan bulan lalu.

“Kadar pengangguran Mei 2020 terus meningkat 0.3 mata peratus dari bulan ke bulan kepada 5.3 peratus selepas mencatatkan 5.0 peratus pada April 2020.

“Pada tempoh yang sama, bilangan penganggur turut meningkat sebanyak 47.3 ribu kepada 826.1 ribu orang berbanding 778.8 ribu orang.

“Sementara itu, perbandingan tahun ke tahun, bilangan penganggur meningkat 306.3 ribu orang,” kata Ketua Perangkawan Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin.