Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kronologi kes pembunuhan Kevin Morais

Berikut kronologi kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais:

2015

4 Sept: Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya

5 Sept: Sebuah kereta Proton Perdana versi Honda Accord dijumpai hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kg Sungai Samak, Hutan Melintang Perak, iaitu kenderaan sama yang dipandu Morais yang dilaporkan hilang

6 Sept: Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang

14 Sept: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika itu mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis

16 Sept: Polis sahkan mayat Morais ditemukan di dalam dram yang diisi konkrit di Taman Subang Mewah, USJ1, Subang Jaya

28 Sept: Tujuh lelaki didakwa atas pertuduhan membunuh Morais di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

2016

7 Jan: Kes tujuh lelaki termasuk seorang doktor tentera yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Morais yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

6 April: Hari pertama perbicaraan tujuh lelaki yang didakwa membunuh Morais di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

20 Dis: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan tertuduh kedua G.Gunasekaran daripada pertuduhan membunuh Morais kerana tertuduh telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Morais.

2017

20 Nov: Keputusan kes pembunuhan Morais di akhir pendakwaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan enam lelaki membela diri.

2018

25 Jan : Hari pertama pembelaan kes pembunuhan Morais

2020

11 Jun: Hujahan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan bagi kes bunuh Morais di akhir pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

10 Julai: Keputusan di akhir pembelaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan enam lelaki dihukum gantung selepas didapati bersalah membunuh Morais, 55

Mereka ialah pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 57; pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran, 49; serta empat penganggur R. Dinishwaran, 28; A.K. Thinesh Kumar, 27; M. Vishwanath, 30 dan S. Nimalan, 27.

- Bernama