Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Mahkamah tolak permohonan tangguh pulangkan wang pada Umno Kedah, Habib Jewels

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menangguhkan pemulangan wang sebanyak RM1.15 juta kepada Umno Kedah dan Habib Jewels Sdn Bhd.

Pihak pendakwaan telah meminta penangguhan sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, dalam kes pelucutan oleh SPRM terhadap harta yang didakwa berkaitan 1MDB terhadap kedua-dua entiti tersebut.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini, berikutan hujahan dari wakil perundangan bagi pendakwaan dan juga terhadap Umno Kedah dan Habib Jewels.

Pada 21 April, dilaporkan bahawa wang milik Badan Perhubungan Umno negeri Kedah dan Habib Jewels Sdn Bhd masing-masing berjumlah RM1.05 juta dan RM100,000, yang dirampas SPRM, masih belum dipulangkan.

Pada 13 Disember tahun lalu, Mohd Nazlan menolak saman pelucutan yang berkaitan dengan pendakwaan 1MDB terhadap Umno Kedah dan Habib Jewels.

[Baca berita asal]