Banjir di Jepun: Lebih 145,000 penduduk dipindah
GLOBAL | Lebih 145,000 penduduk di wilayah Kyoto dan Nagano di pulau Honshu dipindahkan dan amaran berpindah juga dikeluarkan di empat wilayah lain selepas hujan lebat melanda bahagian tengah Jepun.
Menurut agensi berita Sputnik - memetik NHK pada Rabu - amaran untuk berpindah itu dikeluarkan di wilayah Fukushima, Miyagi, Osaka dan Shiga.
Jepun dilanda banjir dan tanah runtuh sejak Sabtu. Hujan lebat bermula di bahagian barat daya negara itu, menyaksikan sekurang-kurangnya 57 orang maut sebelum melanda bahagian timur dan tengah.
Kementerian Kesihatan berkata sekurang-kurangnya 23 hospital terjejas selain menyebabkan gangguan bekalan air dan elektrik.
Sekurang-kurangnya 28 pusat jagaan, 24 taska dan lima kemudahan orang kurang upaya turut mengalami kerosakan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai