Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Rayuan kerajaan terus bekukan akaun Wanita Umno, MCA ditolak

1MDB | Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan kerajaan pusat untuk membekukan akaun bank milik Umno, Wanita MCA dan dua syarikat yang berkaitan dengan kes 1MDB.

Keputusan itu dicapai panel tiga hakim diketuai oleh Yaacob Md Sam setelah mendengar penghujahan peguam yang mewakili lima pihak tersebut.

"Setelah mempertimbangkan penghujahan, kertas kausa dan kes-kes rujukan kami mendapati pihak pemohon gagal memperlihatkan kepada mahkamah ini special circumstances (keadaan khas) yang membolehkan mahkamah ini menggunakan kuasa budi bicara untuk memberi penangguhan (kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini)," katanya semasa membacakan penghakiman tersebut.

Menurut Yaacob lagi hanya kerana menggunakan hujah kekhuatiran, pemohon tidak boleh menjadikan ia sebagai keadaan khas yang memerlukan penangguhan berkenaan diberikan.

"Oleh itu permohonan keempat-empat pihak ini ditolak," katanya lagi.

Pada Feb lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak harta sebanyak RM192 juta daripada Umno, RM300,000 daripada Wanita MCA, Perano Sdn Bhd (RM337,634.78) dan Binsabi Sdn Bhd (RM827,250).

Susulan keputusan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Jabatan Peguam Negara membuat permohonan kepada mahkamah tinggi untuk mendapatkan perintah penangguhan sementara menunggu rayuan mereka terhadap kes tersebut.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak pada 19 Jun.

[Baca berita penuh]