Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Adun DAP: Pertemuan itu atas undangan PM

Adun DAP Sheikh Omar Ali tampil menjelaskan tanda tanya mengenai sekeping gambar pertemuannya dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, berkata ia "adalah benar."

"Pertemuan berlaku pada petang 15 Jun 2020 di bangunan Perdana Putra.

"Pertemuan tersebut adalah atas undangan perdana menteri.

"Sebagai ahli DAP, pertemuan saya dengan perdana menteri adalah dalam pengetahuan pimpinan parti," katanya pada suatu hantaran di media sosial malam ini.

Terdahulu hari ini Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang menolak kemungkinan pertemuan Sheikh Omar dengan Muhyiddin disebabkan Adun Paloh itu mahu melompat parti.

Semalam, Sheikh Omar berkongsi sekeping gambar pertemuannya dengan Muhyiddin yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, yang mengandungi soalan “Bersatu tambah kerusi DUN Johor ke?”

Sheikh Omar dan Muhyiddin dilihat tersenyum dalam gambar berkenaan.

Bagaimanapun, Sheikh Omar membalas soalan tersebut dengan tweet berbunyi, “Mana tahu DAP yang akan tambah kerusi nanti…”