Sri Ram sekali lagi 'kunci mulut' dakwaan pujuk Apandi tangkap Najib
Pendakwaraya khas Gopal Sri Ram hari ini kekal "mengunci mulut" berhubung dakwaan bekas peguam negara Apandi Ali, bahawa Sri Ram pernah cuba memujuknya untuk menangkap Najib Razak pada dua tahun lalu.
Sri Ram yang mengetuai pendakwaan terhadap Najib dalam kes berkaitan 1MDB, berkata "tiada komen" ketika didekati pemberita, setelah perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB ditangguhkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah berkenaan permohonannya untuk menyingkirkan Sri Ram sebagai pendakwaraya khas dalam kes itu.
Permohonan itu berdasarkan afidavit yang difailkan Apandi terhadap Sri Ram pada 12 Jun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bagaimanapun menolak penangguhan itu.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 10 Jun lalu, Apandi mendakwa Sri Ram datang ke rumahnya pada Januari 2018 di bawah arahan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Apandi mendakwa Sri Ram berkata beliau akan menjadi "wira di mata rakyat" dan juga "Peguam Negara pertama menangkap perdana menteri".
Insiden itu didakwa berlaku kira-kira empat bulan sebelum BN tumbang dalam PRU ke-14.
Sebelum ini, Sri Ram juga dilaporkan enggan mengulas dakwaan itu ketika ia mula-mula dibuat Apandi.
Berkenaan permohonan Najib untuk menyingkirkan Sri Ram sebagai pendakwaraya khas dalam kes pindaan laporan audit 1MDB, mahkamah menetapkan 7 Ogos untuk mendengarnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai