Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MPT Bersatu malam ini

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hadir ke Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, di Kuala Lumpur bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini.

Presiden Bersatu itu tiba di kawasan berkenan pada pukul 8.24 malam.

Turut kelihatan tiba di kawasan itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Yusof.

Mesyuarat itu merupakan mesyuarat MPT pertama dihadiri oleh perdana menteri setelah beliau selesai menjalani kuarantin selama 14 hari yang berakhir semalam, susulan seorang pegawai yang hadir mesyuarat pascakabinet di pejabatnya disahkan positif Covid-19.

- Bernama 


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.