Musa Hasan dilantik ahli lembaga pengarah Usim
Bekas ketua polis negara Musa Hassan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (wakil luar atau dalam) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sebuah institusi pengajian tinggi milik kerajaan.
Pelantikan itu, yang diumumkan semalam, berlaku selepas dua hari Musa menulis ciapan di Twitter bahawa mereka yang menerima jawatan GLC mesti berkhidmat demi kepentingan rakyat dan bukan keuntungan peribadi.
Menurut catatan Facebook oleh Usim, pelantikan Musa berkuatkuasa pada 15 Mei tahun ini, sehingga 14 Mei 2023.
"Warga universiti amat berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri atas pelantikan sebagai Ahli LPU yang baru," kata hantaran itu.
Musa membuat hantaran di media sosial pada Ahad lalu sebagai mengulas persoalan sekiranya menerima jawatan GLC adalah untuk kebaikan rakyat.
Ini setelah beliau berkata pihak yang ingin terus berkuasa perlu meletakkan kepentingan rakyat melangkaui kepentingan peribadi.
Menjawab soalan GLC, Musa berkata: "Siapa yang menerima apa jua jawatan sama ada politik, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau perkhidmatan awam, objektif utamanya adalah untuk melayani dan memastikan ia adalah untuk manfaat dan kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi," katanya pada kicauan di Twitter.
Sehari sebelum ciapan itu, rakaman audio bocor dikatakan suara seorang lelaki mirip Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang merancang untuk memikat ahli parlimen Umno supaya bergabung bersama Bersatu dengan menawarkan jawatan menteri atau jawatan GLC.
"Kalau dia (ahli parlimen Umno) tahu kerajaan baru nak terbentuk, Umno masuk, 'why don't you come in now, why don't you join us now rather than you join later?' (Kenapa tak sertai kami sekarang, daripada sertai kemudian?)
"Saya fikir kalau itu kita lakukan, sebahagian besar mungkin tinggalkan Umno (dengan hanya) 10 hingga 20 tinggal Najib (Razak) dan puak-puak dia.
"Lebih-lebih lagi kalau ada jawatan. Tak jadi menteri, jadi chairman of GLC (pengerusi GLC)," kata suara itu.
Rakaman itu dikatakan dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari, setelah Muhyiddin mengisytiharkan parti itu keluar dari Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
Sejak PN mentadbir, puluhan lantikan politik telah dibuat bagi mengisi jawatan di dalam agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai