Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Semua taska boleh beroperasi, tadika pula mulai Julai

Kerajaan hari ini bersetuju supaya baki lebih 6,600 taman asuhan kanak-kanak (taska) dibenar memulakan operasi, dengan syarat mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP)yang baru.

Menteri Kanan (Keselamatan), Imail Sabri Yaakob, berkata sebelum ini hanya 304 taska yang dibenar beroperasi dan ini menyukarkan ibu bapa untuk kembali bekerja.

Katanya, SOP baru untuk taska itu akan dimuat naik di laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kita sudah setuju dengan SOP yang lengkap, kemas dan mereka juga sudah bincang dengan kementerian kesihatan.

"Ini termasuk SOP lengkap sewaktu hantar bayi ke taska, sewaktu penjagaan, sewaktu ambil anak pulang," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, garis panduan baru itu belum diterbitkan.

Beliau berkata taska yang ingin beroperasi boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, katanya, bagi operasi di taman didikan kanak-kanak (tadika), taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan pra-sekolah di bawah kelolaan pelbagai kementerian lain pula dicadangkan dibuka Julai ini.

Menurutnya, kementerian pendidikan akan menjadi penyelaras penyediaan SOP bagi tujuan tersebut.

"Kita tunggu mereka bentang SOP lengkap dulu. Kalau nak buka Julai ini, kita akan benarkan, tapi kita mahu lihat dengan teliti SOP tersebut," katanya.

[Laporan penuh menyusul]