Kematian Flyod: Gabenor isytihar darurat di Atlanta
GLOBAL | Gabenor Georgia Brian P Kemp mengisytiharkan darurat dikuat kuasa di Fulton County, bandar raya terbesar di Atlanta, berikutan rusuhan besar-besaran yang tercetus selain mengerahkan 500 pasukan pengawal negara mengawal keadaan.
"Atas permintaan Datuk Bandar @KeishaBottoms dan selepas berunding dengan pegawai keselamatan awam & kesiapsiagaan kecemasan, saya mengeluarkan perintah darurat di Fulton County," memetik kenyataan P Kemp di Twitter lapor agensi berita Sputnik.
Beliau berkata anggota pengawal negara segera dikerahkan untuk membantu agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan mengembalikan ketenteraman.
Rusuhan mula tercetus pada Selasa di beberapa bandar di Amerika Syarikat ekoran kematian George Floyd, lelaki kulit hitam, ketika ditahan anggota polis di bandar Minneapolis.
Kematian Floyd, 46, mencetuskan kemarahan apabila seorang pegawai polis kulit putih Derek Chauvin bertindak di luar batas kemanusiaan ketika menahan mangsa.
Rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya di leher mangsa walaupun Floyd berulang kali mengatakan "tolong saya tidak boleh bernafas".
Floyd disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan pada Isnin petang.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai