Treler bawa 22,000 liter oksigen cecair terbalik di lebuh raya Plus
Sebuah treler membawa muatan 22,000 liter oksigen cecair (UN 1072) terbabas sebelum terbalik di bahu jalan di Km 391.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan selepas Hentian Rehat Gua Tempurung dekat Ipoh, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pemeriksaan yang dibuat secara berhati-hati termasuk menggunakan sut kalis api bersama alat pernafasan mendapati tiada sebarang kebocoran dikesan setakat ini.
"Pihak bomba masih lagi menjalankan operasi di kawasan terlibat bagi memastikan benar-benar tiada kebocoran.
"Kami menerima panggilan kira-kira 6.31 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah serta bantuan daripada BBP Gopeng bagi kerja-kerja menyelamat," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.
Pemandu dan kelindan lori mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan yang terbalik.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai