Tiada lagi jangkitan Covid-19 dari mesyuarat pascakabinet dihadiri PM
Tiada lagi jangkitan Covid-19 dikesan daripada mesyuarat pascakabinet pada 20 Mei lalu yang melibatkan satu kes positif wabak berkenaan.
Mesyuarat itu dihadiri 36 orang termasuk Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul Majid yang disahkan positif wabak berkenaan menunjukkan perkembangan baik berikutan rawatan yang dijalankan.
"Semua peserta atau anggota (mesyuarat) pascakabinet didapati negatif. Jadi tidak ada kes-kes lain dikesan [...]
"Individu yang telah dikenal pasti juga sedang dirawat. (Dia) diasingkan, menunjukkan tindak balas yang baik, asimptomatik (tidak menunjukkan gejala) tetapi positif (virus berkenaan), "katanya pada sidang media harian petang ini.
Bagaimanapun, Noor Hisham berkata perintah kuarantin wajib selama 14 hari kepada mereka yang hadir mesyuarat itu diteruskan seperti yang diumumkan sebelum ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Nik Azman tidak menunjukkan sebarang gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas ketika menghadiri mesyuarat pascakabinet.
"Pegawai tersebut yang datang untuk mesyuarat dia tak ada gejala yang nyata, contohnya demam ataupun batuk ataupun sesak nafas dan selesema
"Tetapi hanya gejala kelesuan yang ada," katanya.
Noor Hisham berkata selain kelesuan, satu lagi gejala adalah kehilangan deria rasa dan bau.
"Tak semestinya suhu (badan) yang normal itu tak ada gejala, itu yang kita kena pastikan. Tapi kalau ada gejala, pastikan jangan datang ke pejabat langsung, "katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai