Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kondo Jho Low di New York dijual AS$6.2 juta lebih murah

Sebuah unit kondominium mewah di New York milik Low Taek Jho atau Jho Low, telah dijual oleh kerajaan AS dengan diskaun yang tinggi.

Sebuah laporan oleh portal hartanah The Real Deal menunjukkan bahawa unit kondominium yang mempunyai dua bilik di Prince Street itu telah dibeli oleh syarikat liabiliti terhad yang tidak disebutkan namanya dengan jumlah AS$7.6 juta (RM33 juta).

Harga itu jauh lebih rendah berbanding AS$13.8 juta dibayar Jho Low ketika membeli kondominium itu pada 2014.

Laporan itu menunjukkan bahawa unit yang dimiliki Jho Low, mula-mula ditawarkan untuk dijual pada harga AS$9.9 juta pada bulan Julai yang lalu sebelum harga yang diminta dikurangkan menjadi AS$8.5 juta bulan lalu.

Hartanah Jho Low di New York dan California menjadi sasaran tuntutan pelucutan oleh kerajaan AS kerana ahli perniagaan dalam buruan itu didakwa membelinya menggunakan wang yang dicuri dari dana kekayaan negara, 1MDB.

Pada bulan Mac, dilaporkan bahawa sebuah rumah agam di Los Angeles yang dibeli oleh Jho Low dengan harga AS$38.98 juta pada bulan November 2012, akhirnya dijual dengan harga AS$ 18.5 juta.

Aset lain Jho Low yang menjadi tumpuan sebelum ini adalah termasuk kapal layar mewah Equanimity bernilai AS$250 juta.

Kapal layar itu kemudian ditukar nama menjadi Tranquility selepas dibeli oleh Genting Malaysia Bhd dengan harga AS$126 juta.

[Baca berita asal]