Menteri: Polis, tentera akan buat rondaan di hari raya
Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan ketika perayaan Aidilfitri bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kekal dipatuhi.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan mereka yang menyambutnya mematuhi langkah penjarakan sosial serta larangan perjalanan rentas negeri - kecuali mereka yang mendapat kebenaran pihak berkuasa - yang ditetapkan kerajaan.
"Ramai sangka polis tak akan pantau rumah mereka ketika hari raya. Betul, bukan semua rumah akan diperiksa.
"Tetapi saya dimaklumkan (oleh Ketua Polis Negara) ketika musim perayaan, polis akan buat rondaan semua kawasan. Jika mereka dapati ada banyak kereta di luar kediaman, mereka akan buat semakan untuk tengok berapa orang dalam rumah.
"Jadi saya ingatkan, polis dan tentera telah setuju untuk pantau pada hari raya pertama dan seterusnya," katanya yang juga menteri pertahanan.
Terdahulu, kerajaan mengatakan kunjungan ketika Hari Raya, Hari Gawai dan Hari Keamatan hanya dibenarkan pada hari pertama.
Kunjungan pula terhad kepada ahli keluarga sahaja, dan perkumpulan tidak boleh melebihi 20 orang.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai