Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Covid-19: Indonesia rekod 1,148 kematian, lebih 17,000 positif

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 17,514 kes, dengan 59 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat pandemik itu kini meningkat kepada 1,148 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac lepas.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari, hari ini, ia mencatat 489 kes baharu, manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu seramai 35,800 orang," katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Wilayah Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (194 kes), Jawa Barat (110), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah lain Indonesia.

-- BERNAMA