Orang awam ingin masuk Sabah atas urusan rasmi perlu dapatkan kebenaran
Orang awam yang ingin memasuki Sabah untuk tujuan ‘perkhidmatan penting’ dan urusan rasmi perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM) dengan mengisi Borang Kelulusan Khas secara dalam talian.
Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi berkata, borang berkenaan boleh diakses melalui capaian di https://forms.gle/GfQBdvBDDZXp9JyH8.
“Penyediaan dokumen yang berkaitan dan keputusan ujian Covid-19 akan melancarkan urusan kemasukan ke Sabah.
“Keperluan kuarantin dan tempat kuarantin bergantung kepada penilaian ke atas tujuan kemasukan, risiko dan tahap kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, individu yang ingin memasuki Sabah juga dinasihat agar menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui talian 088-219455.
Dr Christina juga menasihatkan semua individu yang balik ke Sabah agar sentiasa mengamalkan jarak sosial, memakai pelitup separuh muka serta menjalani saringan gejala dan suhu badan di pintu masuk.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai