Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Lepas sebulan 'standoff', kapal China tinggalkan perairan M'sia

Sebuah kapal peninjau China yang terlibat dalam standoff (dengan menghampiri) kapal cari gali minyak Malaysia di Laut China Selatan telah meninggalkan zon ekonomi eksklusif Malaysia (EEZ), menurut data perkapalan pada hari Jumaat.

Sejak pertengahan April, kapal Haiyang Dizhi 8 telah melakukan tinjauan di EEZ, hampir dengan kapal cari gali minyak yang dikontrak oleh Petronas yang beroperasi di perairan dituntut oleh Malaysia, Vietnam dan juga China.

West Capella, kapal yang dikontrak oleh Petronas, meninggalkan perairan yang dipertikaikan pada hari Selasa selepas menyelesaikan pekerjaan yang dirancang, kata pengendalinya.

Pada Jumaat, Haiyang Dizhi 8 bergerak keluar dari EEZ Malaysia menuju ke utara China dan diiringi oleh sekurang-kurangnya dua kapal China, menurut data dari laman web pengesanan kapal Marine Traffic.

Data pada bulan lalu menunjukkan kapal itu bergerak di perairan Malaysia dalam pola konsisten dengan kerja-kerja melakukan tinjauan, seperti yang dilakukan pada saat ketegangan ketika standoff menghampiri kapal Vietnam tahun lalu.

Kementerian Luar Malaysia tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan penjelasan. Sebelumnya, kerajaan Malaysia meminta pertikaian mengenai Laut China Selatan diselesaikan dengan cara damai.

China telah menolak laporan mengenai standoff itu, berkata kapal Haiyang Dizhi 8 cuma melakukan aktiviti biasa.

Kejadian itu mendorong Amerika Syarikat untuk meminta China menghentikan "tingkah laku membuli" di perairan yang dipertikaikan itu.

Kapal perang AS dan Australia telah melakukan latihan bersama di Laut China Selatan dekat dengan kapal West Capella dalam beberapa minggu kebelakangan ini, sejurus selepas ketibaan Haiyang Dizhi 8.

Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) yang berpengkalan di Washington berkata 'kebuntuan' (standoff) China-Malaysia telah berlangsung selama berbulan-bulan.

China menuntut hampir semua Laut China Selatan yang kaya dengan sumber alam semulajadia dan laluan perdagangan utama dunia. Filipina, Brunei, Vietnam, Malaysia dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindih dengan China..

Amerika Syarikat juga menuduh China mengambil peluang akibat gangguan wabak Covid-19 untuk melebarkan pengaruh kehadirannya di Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China bulan lalu menuduh pegawai AS memburuk-burukkan pentadbiran Beijing.

Laporan oleh Rozanna Latiff, suntingan oleh Mark Heinrich)

- Reuters

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.