Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Peguam, aktivis kemuka saman mohon batal sidang 18 Mei

Seorang peguam dan seorang aktivis sosial, hari ini mengemukakan saman pemula untuk membatalkan sidang Dewan Rakyat sehari yang dijadualkan pada 18 Mei ini.

R Kengadharan dan D Arumugam, melalui firma guaman Tetuan Gunaseelan dan Co, mengemukan writ saman di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka menamakan Perdana Menteri Muhyiddn Yassin dan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff sebagai defendan.

Kedua-dua mereka, antara lain memohon pengisytiharan bahawa persidangan Dewan Rakyat yang hanya dijadualkan untuk urusan titah Yang di-Pertuan Agong, tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu batal dan tidak sah.

Dalam afidavit sokongan yang dilampirkan itu, mereka berkata bahawa persidangan parlimen pada 18 Mei, yang hanya untuk urusan titah Yang di-Pertuan Agong, tidak memenuhi artikel 55 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga menyatakan bahawa sidang parlimen pada 19 Mei itu bukanlah sidang sebagaimana dinyatakan dalam Artikel 55 (1) Perlembagaan Persekutuan setelah mempertimbangkan definisi "sitting (sidang)", "meeting (mesyuarat)", dan "session (sessi)" di bawah Kaedah 98 Peraturan Mengenai Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mereka berkata bahawa menjadi adalah tanggungjawab perdana menteri untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 55 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga berkata bahawa adalah pengetahuan awam bahawa pihak pembangkang berhasrat membangkitkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dan dengan mengadakan sidang sehari, pembangkang tidak akan dapat melakukannya.

[Baca berita penuh]