Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Gerakan ikrar sokong Muhyiddin

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secara rasmi akan memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, parti itu menyatakan presidennya Dominic Lau akan membuat pengumuman itu semasa sidang media dalam talian.

Gerakan ditubuhkan pada tahun 1968 dan bergabung menyertai BN pada tahun 1974.

Parti itu pernah memerintah Pulau Pinang antara 1969 dan 2008 sebelum menyaksikan penguasaaanya ke atas kuasa politik negara mula terhakis.

Menjelang pilihan raya umum 2018, Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen. Berikutan itu, parti itu menarik diri daripada BN.

Pilihan raya terakhir yang disertai Gerakan adalah pilihan raya kecil Tanjung Piai pada 16 November 2019. Parti itu hanya memenangi 4.4 peratus undi dan calonnya hilang wang pertaruhan.