Tokong terbakar, lelaki mati rentung
Seorang lelaki pengutip besi ditemui rentung dalam kebakaran sebuah tokong di Jalan Baru, Ayer Tawar di Beruas awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 pagi, mangsa yang berumur 48 tahun itu, ditemui rentung di ruang tengah tokong itu manakala adik lelakinya dapat menyelamatkan diri.
“Mangsa tinggal di tokong itu bersama adik lelakinya yang berumur 47 tahun dan semasa kejadian mereka sedang tidur, namun adik mangsa berjaya keluar dan menyelamatkan diri.
“Kejadian itu menyebabkan tokong terbakar hampir 50 peratus. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di Beruas, hari ini.
Nor Omar berkata, punca kebakaran masih disiasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai