Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

PBT di Pulau Pinang kurangkan kenaikan cukai pintu

Pulau Pinang telah memutuskan untuk menyemak semula cukai pintu selepas melalui proses undang-undang yang dikehendaki di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, selepas mendengar dan mempertimbangkan bantahan yang dibangkitkan oleh rakyat Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandar Seberang Jaya (MBSP) - telah bersetuju mengurangkan kenaikan kadar yang dicadangkan.

Jagdeep berkata, pengurangan tersebut akan melibatkan 281,949 pembayar cukai (MBPP) dan 327,401 pembayar cukai (MBSP), di mana kedua-dua majlis tempatan itu masing-masing hanya dijadualkan menerima RM19.5 juta dan RM27.8 juta.

Terdahulu, cadangan kenaikan cukai pintu itu bermakna MBPP akan menerima tambahan sebanyak RM54 juta pada tahun 2020, manakala MBSP menerima tambahan RM39.7 juta.

"Perlu diingatkan bahawa daripada sejumlah 649,950 pembayar cukai di Pulau Pinang,  95,125 (14.64 peratus daripada jumlah pembayar cukai) membantah manakala 25,066 (3.86 peratus daripada jumlah pembayar cukai) yang menghadiri 175 sesi pendengaran awam yang diadakan mengikut proses biasa undang-undang, "kata Jagdeep dalam satu kenyataan.

Adun Dato Keramat itu memegang potfolio kerajaan tempatan, perumahan dan perancangan bandar dan desa.

Jagdeep merujuk pengumuman oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow semalam untuk memberi keutamaan kepada ketidaktentuan ekonomi yang dihadapi oleh semua pihak semasa wabak Covid-19.

Chow berkata, kerajaan Pulau Pinang menerima bantahan berkenaan dan mengurangkan kenaikan kadar cukai yang dicadangkan.

Terdapat seramai 322,549 pembayar cukai di bahagian pulau, manakala seramai 327,401 lagi di tanah besar di Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]