Pentagon keluarkan video 'UFO' secara rasmi - Laporan
GLOBAL | Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon secara rasminya telah mengeluarkan tiga video pendek menunjukkan "fenomena udara yang tidak dikenalpasti (unidentified aerial phenomena) yang sebelum ini telah disiarkan oleh sebuah syarikat swasta.
CNN melaporkan video itu menunjukkan objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti sedang bergerak laju ketika dirakam kamera inframerah. Dua video itu mengandungi perbualan juruterbang tentera AS mengenai maklum balas terhadap objek terbang itu, dengan salah satu suara menspekulasikannya sebagai dron.
Pentagon sebelum ini mengambil maklum video tersebut pada September tahun lalu.
Jurucakap Pentagon Sue Gough dipetik CNN berkata video itu dikeluarkan Pentagon sekarang "dengan tujuan menjelaskan salah faham oleh orang ramai sama ada rakaman yang beredar itu benar atau tidak, atau sekiranya terdapat perkara yang lebih lagi daripada video itu.
"Setelah penilaian menyeluruh, jabatan pertahanan telah memutuskan bahawa pengeluaran yang dibenarkan daripada video yang tidak diklasifikasikan sulit ini tidak mendedahkan sebarang sistem atau kemampuan sensitif.
"Dan tidak mengganggu siasatan selanjutnya mengenai pencerobohan ruang udara tentera oleh fenomena udara yang tidak dapat dikenalpasti," kata Gough.
Tentera AS kini mempunyai garis panduan rasmi untuk cara juruterbangnya dapat melaporkan ketika mereka percaya telah melihat kemungkinan objek UFO.
Video itu pertama kali dikeluarkan antara Disember 2017 dan Mac 2018 oleh To The Stars Academy of Arts & Sciences, sebuah syarikat yang diasaskan oleh bekas pemuzik Blink-182, Tom DeLonge yang berkata ia mengkaji maklumat mengenai fenomena udara yang tidak dikenali.
Pada 2017, salah seorang juruterbang yang melihat salah satu objek yang tidak dikenali pada tahun 2004 memberitahu CNN bahawa ia bergerak dengan cara yang tidak dapat dijelaskannya.
"Ketika saya mendekatinya ... cepat-cepat ia laju menuju ke arah selatan, dan menghilang dalam waktu kurang dari dua saat," kata juruterbang Angkatan Laut AS yang sudah bersara David Fravour.
"Ini sangat mendadak, seperti bola ping pong, memantul dari dinding. Ia akan memukul suatu arah dan pergi melantun ke arah sebaliknya."
Walaupun begitu, Luis Elizondo, bekas ketua program rahsia pertahanan, dilaporkan memberitahu CNN pada tahun 2017 bahawa beliau secara peribadi percaya "ada bukti yang sangat kuat bahawa kita mungkin tidak bersendirian (di dunia)."
"Pesawat ini - kami akan memanggilnya pesawat - menampilkan ciri-ciri yang tidak ada dalam inventori AS dan juga inventori asing yang kami ketahui," kata Elizondo mengenai objek terbang yang mereka kaji itu.
Beliau dipetik CNN berkata mengundurkan diri daripada Jabatan Pertahanan pada tahun 2017 sebagai protes atas kerahsiaan mengenai program mengkaji objek terbang itu.
Reid menulis ciapan di Twitter pada hari Isnin, berkata beliau "gembira" Pentagon mengeluarkan video tersebut secara rasmi, tetapi berkata itu hanyalah permukaan daripada bahan dan penyelidikan yang dimiliki kerajaan.
"Amerika Syarikat perlu meneliti secara serius mengenai perkara ini dan potensi kesannya terhadap keselamatan negara," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai