'Bohong kalau kata PH tak peduli Rohingya'
Bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu menolak dakwaan kerajaan PH sebelum ini tidak peduli pada nasib pelarian Rohingya.
Mohamad berkata beliau sendiri berulang kali membangkitkan isu Rohingya setiap kali bertemu rakan sejawatnya daripada negara-negara Asean, barat dan Arab.
Duta khas ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang mendakwa hanya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu itu di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedangkan pemimpin lain sibuk dengan kemelut dalaman.
“Kalau Hadi Awang mengatakan bahawa masa kerajaan PH kita tak ada mempedulikan hal Rohingya, satu pembohongan yang cukup besar,” katanya sambil membangkitkan isu kapal Rohingya dihantar semula ke laut baru-baru ini, semasa petadbiran PN.
Isu Rohingya menjadi perhatian ramai selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.
Mengulas secara khusus, Mohamad berkata beliau pernah membincangkan perkara itu dengan menteri pertahanan Qatar supaya negara itu menghulurkan lebih bantuan khususnya untuk hospital Malaysia di Cox Bazar, Bangladesh.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai